-

Tuesday, June 30

gua ditag oleh fatin.

1)Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed? armpit.


2)How did u feel when u woke up this morning? tiring.

3)Who was the last person / people you took photo with? shabab, azri, elly, hanim, cha, obel, and others.

4)Would u consider urself spoiled? sumtimes. :)

5. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex? yes.

6. Do you want someone to be dead? yes.

7. What does your last text message say? "fi tolong beli topup.."

8. What are you thinking right now ? wish i'm in an igloo sumwhre in antartica. kuantan is so hot lah.

9. Do you want someone to be with you right now ? yes. no. maybe. i dunno. ahah.

10. What was the time you went to bed last night ? 12.30am.

11. Where did you buy the tee you are wearing now ? giordano.

12. Is someone on your mind right now? yes. always. :)

13. Who was the last person who text you ? shabab.

TEN Lucky Person to do this quiz.
1. shabab
2. elly
3. fadh
4. aina
5. farah nadia
6. fifi
7. shuay
8. as
9. shakira
10. azri

14. Who is no.2 having a relationship with ? famie.

15. Is no.3 a male or a female? bapuk.

16. If no.7 and no.1 get together, would it be a good? yes! :P

17. What is no.1 studying about? boring accounts!

18. When was the last time you chatted with them? yesterday.

19. Is no.4 single? not so sure. taken by 'kerusi' kot. haha.

20. Say something about no. 2. sepet!

21. What do you think about no.3 & no.5 being together? tak berkembang la genetik muadzam kalau macam tu. :P

22. Describe no.9. hot gila. haha. salah seorang ahli red hot repeat papers.

23. What will you do if no.6 and no.7 fight ? err. mereka pernah bergaduh kut baru-baru ni. tak tahu nak buat apa. :P

24. Do you like 8? yes. she's my friend.

25. How about 10? hantam sajalah! :D

Monday, June 29

rejuvenated.


malas mahu mencarut di sini.

aku berada di kuantan sekarang.

cuti.

baca blog elly.
dia rajin bercerita.

lihat gambar di facebook elly juga.
dia rajin upload gambar.



p/s: aku di rumah idham. terasa bangga berada di im5 sekarang. terharu siot! :D


Friday, June 26

mimpi yang tak kembali.


aku peluk engkau erat.

kau genggam telapak aku kemas.
aku kucup ubun rambutmu.
kau tunduk tersipu malu.
aku ukir senyuman terindah buatmu.
kau sentuh bibirku lembut.
aku pegun melihat kamu.

kau, aku.
asmara terinfiniti.

p/s: kuantan, kau tunggu aku sampai di sana malam ini. :D

Wednesday, June 24

lupa aku.


hai manusia sombong, apa khabar kamu?


aku di sini sihat. tekun merenung telefon bimbit. tunggu ia bergetar bila mesej kau masuk.
juga ternanti aku di sini, bila agaknya kau mahu balas mesej aku di laman sosial itu?

lama. sudah lama aku tunggu tapi tak ada. hampa terasa.

atau kau dah lupa aku siapa?


p/s: optimus prime was dead. yeahh. :D

Tuesday, June 23

habis sudah exam.


mungkin semester hadapan aku hanya perlu ambil satu subjek.

tax370.

diploma forever.

Saturday, June 20

fokus.


pakai spek tebal-tebal.
buka buku tebal-tebal.

no more bebal-bebal.

:)


Friday, June 19

ini ombak hidup aku.



satu subjek gagal baru-baru ini.
taxation.
oleh itu, aku perlu ambil supplement paper,
yang mana rm100 diperlukan.
bajet bulan ini aku dah habiskan awal bulan hari itu.

debit : cash from mara rm XXX.
debit : cash (take out a loan from joe) rm XXX.

from those debited accounts;

credit to : pangkor expenses rm XXX.
credit to : hangout expenses rm XXX.
credit to : perfume rm XXX.
credit to : foods (including tax) rm XXX.
credit to : topups rm XXX.
credit to : sweater rm XXX.
credit to : tshirts rm XXX.
credit to : other expenses rm XXX.

balance to date : rm10.

aku ingat aku hanya akan goyang kaki di rumah, bercuti.
makan minum family tanggung.
tak perlu guna duit sendiri.
tapi sekarang, aku terpaksa stay di shah alam.
tak boleh balik ke kuantan.
study jadi alasan.
bullshit, aku tak study pun.
tak ada mood.
dah la tak cukup duit.
terpaksa ikat perut.
diet pula yang jadi alasan.
oh, aku gemuk.
memang aku ingin buang lapisan lemak tebal di perut aku.
tapi nanti-nantilah kut. (entah bila lah tu)

berbalik ke supplement paper,
jika aku berjaya score sehebat mana pun, aku hanya akan dapat c.
dan jika aku dapat c, cgpa aku akan jadi 2.90.
dan jika cgpa 2.90, aku perlu menyambung ijazah di kampus cawangan.
mungkin di jengka, paling dekat dengan kuantan.
dan jika aku ke sana, aku terpaksa tinggalkan jawatan aku di sini.
dan mereka perlu mencari ganti dalam masa terdekat.
dan aku, memang sangat menyukarkan keadaan mereka pada masa itu.
aku tak mahu itu.

dari awal aku katakan, aku tak minat perakaunan.
bagi kalian yang tak mengenali aku rapat,
aku merupakan pelajar diploma perakaunan (trek pantas),
di uitm shah alam.
guna result trial dapat masuk sini. hebat kan?
kepala hotak kau la hebat.
macam loser adalah.
haihh.
result spm aku terbiar tak berguna.
biarpun tak sehebat amalina.
tapi jika aku guna, boleh la juga ambil course yang aku minat.
oh oh, aku minat untuk ambil course graphic design.
tapi, abah aku tak bagi.
susah juga kalau nak belajar tak dapat restu ibu bapa kan.
eh eh, fyi, ini semester terakhir diploma aku.
sepatutnya tahun lepas, tapi aku bahalul sangat.
terpaksa extend satu semester.
double loser lah kan

jauh dalam sudut hati, aku sayang untuk tinggalkan tempat ini.
banyak perkara perlu dirindukan nanti.
nostalgik beritma hampa.
tapi bila difikirkan kembali, jika aku mahu belajar betul-betul, aku perlu ke cawangan.
biar aku tinggal di ceruk-ceruk di mana tak ada tempat-tempat melepak minum seperti pak ali, wakdol, hakim, seksyen 2, miza dan sebagainya.
tak ada ramai kawan untuk di ajak keluar.
hujung minggu pun terpaksa stay di kolej,
alasannya, malas mahu keluar sebab pekan/bandar 100km jauhnya.
mungkin itu boleh jadi faktor aku akan belajar.
walaubagaimanapun, tak mungkin minat itu akan muncul lah kut.
aku dah cuba minat untuk belajar akaun, tapi, susah yang amat.
mahu sahaja aku tukar course, atau berhenti sahaja belajar.
kerja dengan abang zul di penang. mudah.
tak pun aku setup bisnes sendiri.
hanya perlu cari modal saja.
senang.
tak boleh, tak boleh.
kau nak cakap apa dengan bapak kau nanti?
haha. akalan aku terbantut.
otak aku tersipu malu untuk beroperasi.
sial.

nasib baik aku masih ada kawan-kawan yang aku sayang.
tolong support aku ya.
curahkan akalan kalian, berikan aku semangat.
masalah ini kecil, cuma aku yang mengerdil ketika ini.
exam aku minggu hadapan, hari selasa.
aku masih belum study.
hilang kewarasan akal seketika.
fokus aku lari entah ke mana.
semangat juang pudar dikecewakan.

haiya. lu suda gila ka?



p/s: ombak besar menyerbu ke arahku di pantai. adakah aku perlu redah, naik ke tebing, atau aku hanya merelakan ombak itu menempelak aku?

aku sedang berdiri kaku, tunggu ombak datang, hanya redha dengan kejadian-Nya.




Wednesday, June 17

faktor duit & diet.




lapar.
aku makan sekali sehari.
so boleh aku masuk bersamamu tak?


p/s: aku main-main ok. tak perlu kasihankan aku. :D



Tuesday, June 16

aku tunggu.

di satu sudut hati.



rasa ini terlindung dalam.
duduk diam-diam di situ.
tak ada orang usik.
lapuk.

kaki ini masih menongkat badan longlai.
kadangkala terapung bebas dalam imaginasi sendiri.
ke satu ruang infiniti fantasi.
puki.

mana tidaknya,
kemahuan yang tak terturutkan membentak.
nafsu serakah layu tak terlayan.
jiwa merewang entah ke mana.
hati aku riuh bertelanjang.
merintih sunyi.
mati.


Sunday, June 14

cerita orang.




S (bukan nama sebenar), bersemangat bercerita kepada aku tentang A (juga bukan nama sebenar).
ohh, ini memang sesi mengumpat sampai terburai isi perut sebab ketawa non-stop.


S : hari tu aku lunch dgn A kat cafe. kami berdua je.
aku : oh. so?
S : aku makan nasi putih dengan kari ayam.
aku : so? (tak habis-habis so-ing kan)
S : aku makan guna tangan. si A makan kuih je masa tu.
aku : ohh.
S : pastu kan, dia cakap la kat aku, "you tak nak guna sudu ke? nanti tangan you berbau busuk."

*euww!*


oh ya, A ialah anak jati kelantan. tapi, bak kata orang-orang zaman sekarang, lupa daratan. cakap dengan orang kampung pun nak 'cakap luar'. berlagak.
kalau dengan si S ni lagi lah, habis keluar loghat UK dia. bukan slang 'Urang Kelantan' tapi 'United Kingdom' ok. ahah.


kalian tahu apa aku cakap pada si S akhir sekali?


aku : kau cakap dengan dia, "kau basuh b***k guna garfu eh? nanti tangan kau berbau dowh".


faham tak?






Friday, June 12

misi penantian.



di sini aku tunggu kamu,
sudah berkali derita rindu aku tepis.
aku lalaikan luka cemburu ini.
biarlah masa mamah aku.
selagi misi penantian belum tamat.
takkan teralihkan tempatmu di hatiku.
satu waktu kelak, aku yakin kamu pasti kembali.
kau bawaku terbang tinggi semula.
bersama kita ke langit indah itu.

di sini, aku tunggu kamu.



p/s: geng aku mahu tukar layout lah. boleh?


Wednesday, June 10

Tuesday, June 9

bukan cemburu.



aku mahu sakit juga.
teriak hati aku memberontak.
ingin dibahagiakan.

oh, aku mahu minum air dalam gelas putih itu.
biar berjangkit sakit.
biar berjangkit bakteria bahagia.
biar berjangkit seramai mungkin kenalan baru.
dan mungkin setelah itu jiwa aku reda terbentak.
kembali lembut.

:)



Monday, June 8

senyuman kepulangan.


hoi kawan-kawan.
aku dah pulang la weh! :D

uhh.
maaflah geng,
aku malas cerita sebab takut kalian bosan nanti.
lain lah kalau ini diari harian aku kan. aha.
nah aku kongsi gambar aku di sana dengan kalian.
lihat betapa aku gembira di sana.



kami.
di kota belanda.
1st time snorkeling.
lompat lagi :)
di sisir pantai.
sunset :)
tendang sang mentari.
main frisbee.
di deretan gerai jalanan.
atas bot. eh, ferry lah ;)


p/s: banyak lagi gambar sebenarnya. kalian boleh tengok sendiri di facebook aku. btw, aku memang suka gambar lompat-lompat. haha. seronok! :D



Friday, June 5

away.



3 days.
5th, 6th, and 7th june.
pangkor island.


atas pekan.


oh aku baru pulang dari uptown shah alam.
esok aku ke perak. lusa terus ke pangkor.
doakan kesejahteraan aku di sana.

:)


Thursday, June 4

pecutan jantung.



dup, dup, dup.



risau?




hati, lari jauh-jauh.
sembunyi dalam-dalam.
biar aku kira sampai seratus.
kelak aku cari kau semula.


*mula menghisab*



Wednesday, June 3

kan aku dah nasihat.



degil sangat.
kan dah kena.
aku dah cakap shisha lagi teruk dari rokok.
nanti banyak-banyak lah makan paru.
ok, habis sampai situ.
lepas ni shabab pula.
cakap nak stop.
tapi hisap juga racun-racun tu.
baik kau jilat jalan tar di highway PLUS saja.
atau telan mentol kaca bikinan Thomas Edison.
atau teguk segelen Ajax Fabuloso.
atau hitamkan paru-paru kau guna Nippon Paint.
atau kau kongsi saja ubat gegat dengan lipas-lipas di rumah kau itu.
bak kata-kata orang budiman (wiseman), sharing is caring.
amek kau!



p/s: kawan aku, Mat Ming cerita kat aku kalau hisap racun tar tu, perempuan suka cemolot. tak mahu lepas sembangnya. betul ke?


Tuesday, June 2

visual aku.











banyak cerita aku tidak kongsi di sini.
mungkin sebab malas, atau masa yang serba menghimpit.
atau mungkin juga aku tandus akalan.

so,
sila gambarkan gambaran gambar-gambar ini sendiri.




p/s: bila sebut satu perkataan berulang kali, aku rasa macam bunyinya sangat pelik.
kalian tak rasa macam tu?




Monday, June 1

tiada motif.



tembak aku, tepat di pusat dahi.
biar berderai isi kepala.
serebelum berhamburan.
serebrum bertempiaran.
terencatkan si medula oblongata.
dan mesensefalon, terus lenyap.

akalan yang bernas bukan?




umaira - camholic.












ini umaira.
adikku ini baru saja setahun hidup, tapi sudah ada minat dengan kamera.
kalau menangis, akan terus senyap ketika dia sedar aku sedang merakam video dia.
oh ya, dia juga suka apa sahaja yang berteknologi tinggi. (err?)
laptop, cellphone, mp3 player, etc.
macam himawari kan?


dari mana mereka datang?