-

Thursday, April 30

merdeka kecil.



malam, jangan biar siang.
gelapkan hari, malapkan mentari.
aku mahu beradu.
usah ganggu aku.

*kelam*



p/s: taxation dah habis! =D
aku mahu qada' tidur semalam puas-puas.
kasihan tubuh aku tak cukup rehat.


Wednesday, April 29

dugaan esok.



tercatit dalam jadual hidup aku esok, taxation.
cukup berat tulang humerus, radius dan ulna malam ini untuk menyelak buku teks taxation.
berapa juta muka surat entah. sangat tebal.
kalau hempuk kepala aku, mahu saja aku koma seminggu.
eh, mungkin dua minggu kot.
ohh, metakarpal dan karpal ringan sahaja tatkala aku melabuhkan jasad di atas tilam empuk berlapikkan cadar dan comforter berjalur hitam, putih dan biru.
ya lah, asyik menekan kekunci telefon bimbit aku.
bukan menaip message 'jiwang karat' pun, tapi bermain worms. =)
sebentar lagi, aku mahu menonton dua puluh dua lelaki di atas satu hamparan luas berumput, berebut dan berasak demi satu objek sfera, tapi apabila sudah dapat, mereka akan menendangnya jauh dari mereka.
bunyinya macam bangang, tapi itulah realiti bolasepak.
ya, aku 'kipas susah mati' manchester united. tahu kan?
dan jika satu game terlepas, aku rasa nak bunuh diri. melampau kan?
ah.
mahu atau tidak aku tidak boleh tidur malam ini.
peperiksaan aku bermula seawal sembilan pagi esok.
dan otak aku masih kosong untuk itu.
aku sangat butuh peransang.
kalian boleh tolong aku?



p/s: kalau man u menang mungkin aku boleh score besok. =P


Tuesday, April 28

memoir.


ku sisipkan memori indah di celah buku kehidupan silam aku,

kelak dapat aku bacanya semula,

sedang aku menaiki tren menuju stesyen kematian.



Monday, April 27

aku tak suka.



10 perkara aku tak suka:

ikan.
penipu.
liverpool & rafa.
hujan (band).
stalker.
selsema.
accounts.
kawan tikam belakang.
jogging.
internet explorer.


p/s: aku dah delete chatbox sebab aku tak suka ada manusia yang tak ada identiti tinggalkan msg di sini. mak kau dah bagi nama, so tak payah malu nak letak nama sendiri. kalau nama kau BABI sekalipun, aku tak kisah lah.



Sunday, April 26

sehelai diri ini.


sehelai diri ini, ingin dibawa terbang tinggi.
sehelai diri ini, jadi harapan yang menggunung.
sehelai diri ini, pernah hanyut di ombak deras.
sehelai diri ini, bangkit sesudah tumbang.
sehelai diri ini, mahu memiliki segalanya.

sehelai diri ini,
sudah tertanam satu benih harapan di tanah jiwa.
kelak akan mekar satu pohon kejayaan melangit.
tampak indah bunganya.
terasa manis buahnya.


setan merah.


si setan merah menang lagi.
liverfool takkan dapat kejar.
cehsial pun sudah kempunan.
dan apatah lagi arsengal.
kalau tak suka tak apa.
musim depan boleh cuba lagi.


Saturday, April 25

angan ringan aku.



kalau aku ada zuriat perempuan nanti,
aku mahu namakan dia aisya sofea.
kalau ada satu lagi,
akan diberi nama alisya sufi.
tapi kalau lelaki, aku belum decide lagi.
kenapa aku suka nama itu?
ada lah! =)


Thursday, April 23

perhatian.


hari ini aku ada exam audit di dewan raja muda musa.
tengok bawah.
aku ketemu sesuatu yang menarik di dalam washroom.


tergelak aku dalam hati.
tak boleh gelak kuat-kuat.
nanti pengawas yang follow aku ke washroom dengar.
tak sangka ada notis seperti itu di dalam jamban.
aku ingat notis larangan membuang tuala wanita.
tapi tak mungkinlah dalam gents pun ada kan.


p/s: kalau nota saya dalam hp, takkan saya kena buang hp saya kot? =P




Wednesday, April 22

perhentian.


dulu, aku edit gambar bila bosan.
tapi sekarang, aku bosan bila edit gambar.
mungkin sudah lama mengembara.
aku kena beristirahat seketika.
aku sudah penat.


Tuesday, April 21

drama kedua.




tuhan.
kurniakan aku sebuah teater kehidupan baharu.
aku persis ingin tamatkan episod terdahulu.
aku lelah dalam cereka yang tiada anti-klimaks.
loloskan jasadku ke dalam fiksyen baru.
menjadi hero wayang sendiri.
tak perlu lagi watak dongeng tambahan.
tak perlu juga antagonis sialan.
dan biar saja badut selingan itu dipecat.

moga hari esok akan menjadi permulaan,
bagi kesudahan aku yang usang.


p/s: tak ada kaitan dengan aku. saja tulis bila bosan.

Monday, April 20

cerita lama.




betina itu mahukan dia.
betina itu sampahkan aku.
betina itu masih tak sedar.

aku dahulu kepingin dia.
aku dahulu buangan dia.
nasiblah kini aku sedar.

***

aku tergelak sinis pabila memikirkan realiti kita.
yang dikendong berciciran dan yang dikejar.. hmm.. dapatkah?

tak perlu engkau menjilat kembali ludah engkau.
aku telah disejat naik ke troposfera.
berbahagia di dalam stratokumulus.
berdampingan bersama sahabat baru.
aku dihargai dan disayangi di situ.

oh. engkau delete aku sekali.
aku delete engkau dua kali.
so puas hati aku dua kali.
dan puas hati kau sekali, kan?

semoga kita bersemuka lagi semester hadapan.
tak sabar untuk melebarkan senyuman 'romantis' terhadapmu.
jujur
aku nyatakan, aku telah membenci dirimu.
oh maaf.
tiada lagi sayang untukmu, wahai cerita lamaku.




p/s: siapa-siapa tolong kirimkan salam aku kepadanya.
dah lama tak jumpa.
mungkin jika aku potong sebelah tangan baru boleh bersua agaknya.
=)




Sunday, April 19

nadrah buat, saya buat.


Your view on yourself:

You are intelligent, honest and sweet. You are friendly to everybody and don't like conflict. Because you're so cheerful and fun people are naturally attracted to you and like to talk to you.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.


p/s:
I got my personality test from this site http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

beza.




putus cinta pertama lagi siksa dari kehilangan laptop dell berwarna hijau.




p/s: sory ah shabab mengungkit memori duka sebab aku dah lama nak post benda ni kan aku pernah cakap dah kat kau hari tu weh bila kau nak motor kau ni dah lama kat aku rasa bersalah pulak kat kau yang da lama tak ada motor sendiri.


Saturday, April 18

sahabat.




sahabat.
semoga kau pulih cepat.
usahlah lagi kau melarat.
bumi belum kiamat.
dan belum lagi terlambat.
kerna dunia masih belum pupus nikmat.



p/s: utk shay, sya dan insan2 yg senasib dgn mereka. =)

Friday, April 17

hati.



i'm your secret admirer.
and you're also a secret.
jangan teka siapa.


=)


Thursday, April 16

study!



next week dah finals.
aku belum ready.
sekarang dah macam addicted dgn facebook.
haihh.
camne nak study ntah.
aaaaaaaaaaa~!!



p/s: elly welcome back to melankolik jiwa! =D

Tuesday, April 14

perawan.



bisikkan mutiara indah di telingaku.
agar dapat aku tidur lena malam ini.
dan hadirlah sebagai mimpi ngeriku.
semoga aku sedar dan bisa mengerti,
bahwa kamu hanyalah nafsu fantasiku.



Monday, April 13

dilemma korban fitnah.




tuduhan itu melingkari tubuh.
erat fitnah memaku diri.
memamah daging segar si waris.
elok disembelih saja saudara itu.
menjadi korban mulia,
lebih bermakna dari dirempuh tohmahan.
dilemma dalam koma, hati pun mati.




*bosan*


Saturday, April 11

apa?




misi mencari gf baru.
are you with me?



sweet revenge.



dendam manis.
bukan idea ku.
kau yang inginkannya.
rasakan.
seperti menyedut racun pallmall menthol ya?
ah. manisnya dendam itu.
lebih manis daripada arang shisha yang kau tagihkan.



*senyum lagi*

Thursday, April 9

selamat hari tua kakak.








hari ini kakak (shakira) punya hari tua.
yang ke-22 rasanya (buat-buat lupa).
jadi, adik (wafi) dan baby (shabab),
suruh kakak bawa kami ke sacc mall.
kakak tak tahu. tapi kami tahu.
sampai di situ kami pergi ke memory lane.
mencari kad hari jadi.
kami suruh kakak yang pilih sendiri. so sweet kan?
selepas itu kami pergi ke secret recipe.
order choc indulgence, one slice plus a candle.
sementara itu, baby menulis sesuatu dia atas kad itu.
oh, ucapan dari kami untuk kakak.
kami buat semua itu di hadapan kakak.
tiada suprise langsung kan? haha.
then kami pun menyanyikan lagu hari tua untuk kakak.


video

Wednesday, April 8

senyum.





=)




***

ku termenung. duduk di atas kerusi, berhadapan dgn laptop.
jari telunjukku, lembut menyentuh touchpad.
lalu membawa cursor di desktop ke icon winamp.
double-clicked.
ku tatap playlist di winamp.
oh, terlihat lagu yang dia bagi kepadaku dahulu.
lantas ku mainkan lagu itu.
ku biarkan lagu itu di volume rendah.
enak telinga-tak-korek-tiga-bulan ku mendengarnya.

uhh.
tiba rangkap kedua reff, aku tersentap.
sial. janganlah siksa aku begini.
aku sudah penatlah!
kalau kau mahu perli aku pun, ku rayu supaya kau cari waktu lain.
bukan sekarang ok!
hati berkecamuk. jiwa terancam.
fikiran melayang.

ku pejamkan kelopak mata.
gelap, nampak cacing-cacing independant bergerak rawak.
apa itu? ah.
cuba membayangkan dedaun pohon rambutan gugur di rumah datukku.
mungkin tenang sedikit.
sebentar.
bagaimana rupa daun rambutan ya?
aku lupa.

***

aku biasanya bisa tahan dugaan sebegini.
tarik nafas, hembus nafas.
selesai.
tapi kali ini macam bernafas dalam derauan darah panas.
hampir lemas ku dibuatnya.

ku berbaring di atas katil.
aku ketawa.
cik medula oblongata punya kerjakah?
oh tidak. akal aku yang suruh.
beliau yang bagi command.

aku sedar, aku masih mentah.
ini kali pertama aku putus pacar.
entah lepas ini berapa kali lagi akan terjadi, kan?
dia, sudah beberapa kali. patutlah nampak kuat dariku.
cepat ada pengganti walau masih dalam eddah.

selepas ini aku akan punyai pacar baru.
mungkin esok. mungkin lusa.
bila-bila sajalah. aku tak kisah.
yang pasti dia akan datang.
dan mungkin, dia akan pergi semula.
pada masa itu haruslah aku akan bersedia.
tiada lagi air masin tumpah ke lantai selepas melewati pipiku.
tiada lagi termangu di atas roller-coaster.
tiada lagi aku terlepas stesyen sampai ke padang jawa.
tiada lagi aku meraung di dalam comforter.
tiada lagi semuanya yang kalian takkan tahu.

kini, aku tersenyum.
senyum malu. bodoh kan aku.
macam ****mak saja.
benda kecil, jadi besar.
perempuan benda biasa.
objek bernyawa, berbentuk WOY di luar kurungan.
tanya encik shabab. beliau tahu rasanya.



*senyum*



p/s: jgn tanya lagu apa. malas mau jawab.


Saturday, April 4

4.



hari ini 4 april.
apa signifikan nya 4 tu?
kahwin
4?
tulang
4 kerat?
4 paper final utk semester ini?
uuuu~ =P

aha.
sbnrnya hari ni genap
4 movee aku tonton di wayang,
utk bulan april. gila kan?


1st movie, THE INTERNATIONAL.
jalan cerita best. aksi best.
ending xbest. huhu~

2nd movie, KNOWING.
ngeri gila kot cerita ni.
ada plane crash, ada subway accident.
effect mmg best la.
kalian patut tonton ini movie maa =)

3rd movie, FAST & FURIOUS 4.
hot cars babe. import, muscle, dan lain2 lagi.
vin diesel macho gila kot. aha.
tapi jalan cerita lebih kurang je kot dgn yg sebelum ni.

4th movie, 12 ROUNDS.
john cena berlakon. mmg gempak.
strategi xbleh bla. haha.
tapi siyes cite ni sgt best.
ohh lupa, adik2 bawah 18 xleh tgk oke.
;)


*penat, mengantuk, pening kepala*



ego dan angan.

ego ku tak mahu menurut.
takkan kalah. takkan menyerah.

Thursday, April 2

sepetang di facebook.

hancur hatinya.
badan masih ada.
bernyawa. elok sahaja mati.
diletakkan di liang lahad.
meraung pun tiada siapa mendengarnya. -_-

***

rasakan? terkoyak hati.
tertusuk jiwa.
tersiat kulit.
terngiang di telinga tanpa henti.
hanya dapat mendengar degap-degup jantung perlahan
(kadang-kadang pantas),
menanti untuk berhenti seperti jam kehabisan kuasa bateri.
sunyi kemudiannya.

***

jangan salahkan emosi.
salahkan otak. otak yang mengawal emosi.
otak yang mempunyai akal.
aku? tiada akal.
sama sahaja lembu-lembu yang bertempiaran di jalan raya.
aku sama. aku bodoh.
silap. aku tiada akal.



*sendiri akhirnya*



p/s: satu kawan hilang di facebook. terima kasih.

Wednesday, April 1

umaira - setahun sudah kamu.

hepy birthday umairah bt zainodin!
uhu. adik bongsuku sudah setahun.
semakin hari semakin chomel.
suka suka suka =)









dari mana mereka datang?